Makhluk Pelik Di Dasar Laut



MAKHLUK misteri ini ditemui di dasar Lautan Hindi.



OBOR-OBOR unik tersebut seakan mempunyai satu tali dan dicantumkan kepada badannya.

LONDON - Sepasukan saintis menemui satu makhluk misteri berbentuk seperti obor-obor pada kedalaman 7,000 meter di Jurang Jawa, lapor portal berita news.com.au kelmarin.

Jurang Jawa merupakan dasar yang paling dalam di Lautan Hindi.


LONDON - Sepasukan saintis menemui satu makhluk misteri berbentuk seperti obor-obor pada kedalaman 7,000 meter di Jurang Jawa, lapor portal berita news.com.au kelmarin.

Jurang Jawa merupakan dasar yang paling dalam di Lautan Hindi.


Rakaman video penemuan tersebut menunjukkan haiwan itu terapung dan bergerak perlahan-lahan serta bersinar dengan cahaya berwarna biru.

Ketua ekspedisi tersebut, Victor Vescovo berkata, obor-obor itu ‘tidak menyerupai obor-obor lain yang pernah dilihat sebelum ini’.

Penerokaan saintifik itu yang dikenali sebagai Ekspedisi Lima Kedalaman telah melakukan tiga lawatan berbeza ke Jurang Jawa. Anggota-anggota ekspedisi itu menggunakan kapal selam khas, DSV Limiting Factor menuju ke dasar tersebut buat kali pertama semasa merakam sebuah dokumentari untuk saluran pengembaraan, Discovery Channel.

Sementara itu, ketua ekspedisi tersebut, Alan Jamieson memberitahu saluran berita CNN: “Saya selalunya sudah tahu apa yang bakal dilihat tetapi kali ini sedikit berbeza. Ia obor-obor yang pelik.”

“Buat masa ini tidak diketahui ia dari spesies yang mana tetapi kami akan mengetahuinya nanti,” kata Jamieson

0/komen