Katerer Hidang Makanan Basi Pada Tetamu




Kisah ini berlaku pada awal tahun 2018 ( tahun lepas ) semuga menjadi iktibar kepada kita jika ingin menggunakan khidmat  katering  perlulah berhati hati takut terkena yang kaki kencing...

Perancangan telah dibuat selama setahun agar majlis persandingan berjalan dengan lancar, malangnya syarikat khidmat katering yang dipilih oleh pasangan pengantin ini gagal menunaikan janji, malah menyebabkan mereka terpaksa menanggung malu.

Pasangan raja sehari, Nur Syuhada Syuhadah, 24, dan suaminya, Mohd Azrien Ramli, 30, kesal kerana majlis perkahwinan mereka yang sepatutnya meriah dan menjadi kenangan hidup tidak menjadi seperti yang dirancang.

Majlis yang diadakan di Kompleks Jawantankuasa Penyelaras Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Gadek, Alor Gajah, Melaka pada 13 Februari lalu terjejas kerana syarikat berkenaan bukan sahaja tidak menunaikan janji malah menghidangkan makanan basi kepada para tetamu majlis berkenaan.
Lebih teruk lagi, syarikat terbabit juga tidak menyediakan hidangan istimewa untuk pasangan berkenaan.

Nur Syuhada bekerja sebagai pembantu akaun berkata, dia telah merancang majlis itu sejak awla Februari 2017 dan bersetuju untuk menggunakan khidmat syarikat katering itu yang berpangkalan di Rawang, Selangor, selepas tertarik dengan iklan yang ditawarkan di Facebook.

Menurutnya, syarikat katering itu menawarkan perkhidmatan jurugambar, pelamin, makanan untuk 1,000 tetamu, hidangan pengantin dan jurusolek dengan harga promosi RM15,700.

"Saya tertarik dengan harga ditawarkan. Pembayaran dilakukan menerusi tiga transaksi bernilai RM13,000 dibuat sebelum majlis persandingan.

"Namun seminggu sebelum majlis, naluri saya mengataan ada yang tidak kena berikutan wakil syarikat katering itu menghubungi saya dan memberitahu mereka tidak dapat menyediakan jurugambar dan jurusolek.

"Ketika itu, saya sudah dapat membayangkan perkara buruk yang bakal berlaku pada hari perkahwinan kerana terlalu risau, terlintas di fikiran saya untuk membatalkan sahaja majlis itu," katanya.



Susulan itu sepasang pengantin baru itu yang mendakwa telah dianiaya sebuah syarikat katering dari Rawang, Selangor, telah membuat laporan polis .

Berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh pengantin lelaki mendakwa, pada 17 Februari 2018 jam 8 pagi, pihak katering yang telah dibayar tidak menyediakan perkhidmatan yang telah dijanjikan sepenuhnya.

Tidak puas hati dengan insiden itu, pengadu berkenaan  juga menyenaraikan perkara berikut:

  1. Perjanjian tidak ditepati sebanyak 80%
  2. Masakan lauk ayam rosak/busuk.
  3. Tiada pintu gerbang, photographer, makanan beradab untuk pengantin tiada, tiada pelayan untuk tetamu, tiada kek.
  4. Pelamin tidak sama seperti digambarkan.
  5. Bayaran sudah dilakukan sebanyak RM13,850. Jumlah sebenar pakej RM15,400.
  6. Tiada tisu, ais batu, peralatan mencuci pinggan mangkuk.
  7. Bayaran sewa meja kerusi kepada pihak lain masih tertunggak sebanyak RM900, Dj radio/majlis masih tertunggak RM450.

Banyak perkara dibatalkan di saat akhir.

Ekoran insiden itu, pihak pengantin menuntut bayaran ganti rugi sebanyak 50% daripada jumlah yang telah dibayar kepada syarikat katering berkenaan.






Menurut sumber, pemilik syarikat katering berkenaan telah berjanji di hadapan polis untuk membayar ganti rugi 50% seperti yang diminta oleh pengantin pada 24 Februari lalu. Namun sehingga kini, pihak pengantin tidak dapat menghubungi pemiliknya.

"Janji depan polis nak bayar balik separuh ganti rugi 50% pada 24 Februari lalu, tetapi sampai sekarang tak nak respon.



"Itu dah kira budi bicara pengantin lelaki nak tuntut ganti rugi 50% saja lebih kurang dalam RM7,000 sebab tak nak panjangkan kes ini.Sepatutnya dia (pemilik) bayar pada hari yang sama, tetapi dia minta tempoh seminggu. Namun sehingga ke hari ini dia tak nak jawab mesej mahupun panggilan.

"Semasa majlis resepsi itu, pengantin lelaki juga yang kena bayar upah tiga pelayan lelaki sebab pemilik katering kata tiada duit. Mereka bawa dua orang saja pelayan budak perempuan untuk tolong adik ipar perempuan dia tukang jaga makanan.

"Sub cons pun ada yang dia belum bayar juga. Ini memang jenis manusia spesis apa pun tak tahulah. Pandai ambil duit pelanggan tetapi tak tahu bayar upah orang lain.







"Katerer itu ibarat hanya membekalkan makanan saja. Yang lain-lain memang hancur. Kami terpaksa keluar duit tambahan untuk membeli macam-macam pada hari majlis itu.

"Lebih kurang jam 2 petang, bila makanan busuk, dia keluar pergi beli ayam panggang/goreng untuk top up." katanya.

0/komen