Sejak memulakan operasi pada tahun 2000, 236 individu telah melawat Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS). Majoritinya adalah angkasawan yang bertugas dengan agensi angkasa lepas negara tetapi terdapat sebilangan kecil yang merupakan pelancong angkasa lepas seperti Dennis Anthony Tito.
Pada hujung minggu lalu NASA mengumumkan akan mula menawarkan ruang untuk pelancong angkasa lepas bermula tahun hadapan. Hanya dua penerbangan ke modul ISS milik NASA akan dibenarkan setiap tahun dan pelancong dibenarkan tinggal sehingga 30 hari. Kos penginapan bermula dari $35,000 (~RM 146,000) semalam. Ini adalah kos berasingan untuk terbang ke ISS menggunakan syarikat pelancongan angkasa lepas persendirian seperti Space X.
Selain ruang untuk pelancong, NASA juga akan membenarkan aktiviti komersial seperti pengiklanan, ujian angkasa di angkasa lepas dan perfileman. Langkah ini diambil bagi menanggung kos operasi yang mencecah $4 bilion (~RM 16.7 bilion) setahun. Tidak seperti NASA, agensi angkasa lepas Rusia Roscosmos telah menawarkan ruang untuk pelancong sejak 2001.
Catat Ulasan