Albino Pukul Pengawal Keselamatan Di Pungut Polis



Tular di media sosial tentang seorang lelaki yang mengamuk kerana tayar keretanya dikunci kerana kesalahan meletakkan kenderaan di petak parkir OKU.

Insiden berkenaan menjadi lebih buruk apabila lelaki berkenaan didakwa memukul pengawal keselamatan yang bertugas dengan kayu golf sehingga kayu golf berkenaan patah dua dan menyebabkan kecederaan kepada pengawal tersebut.


Ramai mengecam perbuatan lelaki tersebut yang sememangnya bersalah dalam kejadian tersebut. Insiden tersebut telah pun dilaporkan kepada pihak polis dan suspek sudah pun ditahan malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Rajab Ahad Ismail berkata, siasatan mendapati suspek memiliki satu rekod jenayah lampau membabitkan dadah mengikut Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan perintah tahanan reman akan dipohon,” terang beliau lagi.

0/komen