Bitcoin Melangkaui Nilai RM80k


Bitcoin merupakan salah satu kriptowang yang digunakan meluas, dan turut mempunyai nilai yang tinggi berbanding sejumlah yang lain. Pada tahun 2017 yang lepas, ia telah memperlihatkan peningkatan nilai yang drastik, tetapi agak kurang diperkatakan sekitar setahun kebelakangan.

Apa pun, tahun ini ia menyaksikan beberapa syarikat mula menyokong Bitcoin, selain sejumlah pelabur yang menyokongya. Perkara ini sekaligus membawa kepada peningkatan nilai Bitcoin secara positif pada tahun ini.

Tahun 2020 sahaja menyaksikan peningkatan nilai Bitcoin hampir 180%, dan kini telah mencapai melangkaui $20,000 atau mencapai RM 83,460.90.

#


"Bitcoin yang terdapat pada masa sekarang tidak menepati ciri-ciri mata wang yang telah ditetapkan oleh Islam, diputuskan bahawa Bitcoin mampu mengundang pelbagai kemudaratan terhadap sistem kewangan sesebuah negara. Oleh kerana itu, penggunaan Bitcoin yang ada pada masakini sebagai satu mata wang adalah dilarang bagi memelihara kemaslahatan umum."

 

0/komen