Sebuah vila mewah dari abad ke-17 yang dahulunya dihuni kerabat diraja bakal dilelong tanpa sebarang harga rizab atau penanda harga bidaan.
Dikenali sebagai Vila Litta Carini, hartanah yang dilengkapi dengan 16 buah bilik tidur dan 16 bilik mandi itu terletak kira-kira 45 minit di luar Milan.
Vila itu turut mempunyai bilik tarian yang boleh memuatkan seramai 160 orang.
Ruang tarian yang boleh menempatkan sehingga 160 orang tetamu.
Salah satu lorong dalam vila itu yang serba mewah dengan dekorasi candelier
Direka oleh arkitek terkenal Giovanni Ruggeri, ciri-ciri klasik hartanah itu termasuk lukisan dinding yang luar biasa, ruangan pendiangan abad ke-17 dan lampu candelier.
Selain itu, kediaman itu turut dilengkapi dengan bilik berputar sutera yang bersejarah sepanjang hampir 40 meter dengan siling katedral.
Daripada bilik tarian sehingga ke ruangan pangsapuri peribadi yang serba mewah, setiap inci kediaman ini mengambil kira asal usulnya.
Menurut kata seorang ejen hartanah firma lelongan Concierge Auctionser, berjalan di dalamnya umpama kita sedang menjadi sebahagian daripada ‘drama’ era itu.
Vila Litta Carini pernah menjadi tuan rumah bagi tetamu berpengaruh seperti Raja Umberto I dari Itali, yang memerintah dari 9 Januari 1878 sehingga pembunuhannya pada 29 Julai 1900, dan juga komposer opera Itali, Giacomo Puccini.
Ia pada asalnya merupakan milik Count Antonio Cavazzi della Somaglia sehingga kematiannya pada 1688 dan diwarisi oleh cicit beliau, Paolo Dati.
Bidaan bago vila tersebut akan dibuka bermula 11 November depan.
Catat Ulasan