Makhluk Menakutkan Di Zoo Texas


Pihak pengurusan Zoo Amarillo di negeri Texas, Amerika Syarikat (AS) meminta bantuan orang ramai untuk mengenal pasti makhluk ganjil dan menakutkan yang dirakam sistem televisyen litar tertutup (CCTV) milik fasiliti berkenaan.

Paparan itu menunjukkan kelibat makhluk berbulu berdiri tegak di dalam kegelapan di luar pagar kawasan  Zoo Amarillo.

Kehadiran makhluk itu mengejutkan pegawai-pegawai  zoo selepas gambarnya dirakam pada pukul 1:25 pagi (waktu tempatan) pada 21 Mei lalu.

Zoo Amarillo merakam imej pelik di luar pagar pada 21 Mei lalu. Adakah ia seorang manusia bertopi pelik yang berjalan pada waktu malam?

Atau ia adalah Chupacabra? Adakah anda mempunyai idea apakah sebenarnya entiti ini?” demikian ciapan Twitter rasmi Zoo Amarillo.

Chupacabra yang popular dalam legenda Amerika Latin adalah makhluk besar yang menyerang haiwan dan minum darahnya.

Nama itu berasal daripada perkataan Sepanyol chupar (menghisap) dan cabra (kambing)
 

0/komen