Acer Aspire Vero Dikemaskini


Acer Malaysia kini mengumumkan kemaskini baharu untuk komputer riba mesra alam Aspire Vero dengan penawaran lebih baik. Ia kini dikuasakan dengan CPU Intel Gen-12 yang membolehkan prestasi lebih baik dan cekap. Ia dijual pada harga bermula RM2599 (Intel Core i5-1235U) dan RM3299 (Intel Core i7-1255U).

Turut disertakan adalah rebat segera sehingga RM500 menerusi program tukar-beli komputer riba lama dengan Acer Aspire Vero. Ketersediaan bermula sekarang menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Acer di seluruh Malaysia.

 komputer riba ini dilengkapi skrin 15.6-inci IPS beresolusi FHD (1920 x 1080 piksel). Turut disertakan adalah sejumlah ciri tambahan lain seperti sokongan gamut warna 100% sRGB dan nisbah aspek 16:9. Dua pilihan CPU digunakan menerusi Intel-Core i7-1255U dan Intel-Core i5-1235U, di samping GPU Intel Iris Xe Graphics. Kapasiti memori adalah 8GB dwi-saluran 24GB DDR4 RAM dan storan 512GB PCIe NVMe SSD.

Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri sebesar 48Wh yang diiklankan mampu bertahan sehingga 7 jam penggunaan dan sistem operasi Windows 11 Home. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 X HDMI, 1 X USB 2.0, 2 X USB 3.2 Gen 1, 1 X USB 3.2 (Type-C) dan palam RJ-45.
 

0/komen