Wiko 10 Kini Rasmi Di Malaysia



Wiko 10 akhirnya dilancarkan secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Telefon pintar ini dijual pada harga RM699 sebuah dengan beberapa pilihan warna seperti Klein Blue, Black dan Silver. Ketersediaannya menerusi kedai atas talian dan pengedar sah Wiko di seluruh Malaysia.

Wiko 10 dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci IPS LCD HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip MediaTek Helio G37, memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Turut disertakan adalah kamera utama 50MP (utama) + 2MP (kedalaman) + 2MP (makro), kamera swafoto 8MP dan bateri 5000mAh yang menyokong pengecasan berwayar 22.5W.

 

0/komen