
Samsung Malaysia kini hadir dengan dua pilihan baharu menerusi Smart Monitor M7 dan Smart Monitor M8, yang masing-masing dijual pada RM2,788 dan RM3,588.
Kedua-dua monitor boleh di beli menerusi pengedar sah rasmi Samsung di seluruh Malaysia. Menariknya lagi apabila potongan harga turut diberikan untuk mana-mana pembelian yang dibuat hingga 9 Julai. Ini sekaligus membolehkan anda memilikinya dengan harga lebih rendah, iaitu RM2,238 (Smart Monitor M7) dan RM2,888 (Smart Monitor M8).

Smart Monitor M8 (M80C) dan M7 (M70C), kedua-duanya berkongsi sebahagian besar fungsi yang sama. Ia hadir dengan skrin rata sebesar 32-inci 3840 x 2160 (4K UHD) yang juga menyokong kadar segar semula 60Hz dan masa tindak balas 4ms. Ini dipadankan pula dengan beberapa ciri tambahan lain seperti pensijilan HDR10+, tahap kecerahan mencapai 400 cd/㎡ dan nisbah kontras 3,000:1.

Kedua-duanya juga hadir dengan leher yang boleh diputar 90 darjah untuk paparan menegak dan ketinggian boleh dilaras. Selanjutnya lima pembesar suara terbina disertakan sesuai diberikan bagi tujuan utama peranti bagi mewujudkan suasana kerja yang menyeronokkan. Terdapat juga pembantu suara terbina seperti Bixby dan Alexa yang membenarkan kawalan menggunakan suara dilakukan.

Selanjutnya pengguna juga boleh menikmati pelbagai platform penstriman atas talian seperti Prime Video, Netflix dan YouTube dengan mudah menerusi ciri Smart Hub. Pilihan I/O pula terdiri dengan 1 X HDMI(2.0), 2 X USB-A dan 1 X USB-C (65W). Cumanya kelebihan untuk model M8 yang mempunyai kamera FHD bermagnet boleh ditanggalkan yang juga menyokong sambungan secara nirwayar.
Catat Ulasan