
Bandar raya Chicago dalam negeri Illinois mempunyai tarikan pelancongan terbaharu iaitu lubang jalan yang memiliki bentuk seperti seekor tikus.
Tarikan luar biasa itu terletak di selatan blok 1900, jalan West Roscoe Street.
Lubang itu bagaimanapun bukan sesuatu yang baharu kerana kata penduduk setempat, ia telah terbentuk selama beberapa tahun.
Namun, ia meraih populariti baru-baru ini selepas seorang pelancong berkongsi gambar lubang berbentuk tikus tersebut di platform X bersama keterangan: “Anda perlu melawat lubang tikus Chicago.”
Jumlah pelancong yang datang ke lokasi berkenaan meningkat dengan ada yang melempar duit syiling ke dalamnya.
“Kami mempunyai banyak restoran dan bar yang hebat, kawasan kejiranan yang cantik, stadium Wrigley Field dan sudah semestinya lubang tikus Chicago,” kata Ahli Dewan Perwakilan Illinois, Ann Williams dalam promosinya
Catat Ulasan