Korek Hidung Sebelum Uli Doh Piza


Seorang pekerja yang memakai sarung tangan, mengorek hidung sebelum dia menguli doh piza di sebuah restoran piza popular.

Restoran piza di wilayah Hyogo itu segera menutup operasinya dan memohon maaf kepada pelanggan kerana perbuatan tidak sopan pekerja tersebut. 

Ibu pejabat rangkaian restoran piza popular itu meminta maaf dan berjanji perbuatan sedemikian tidak akan berulang.

Permintaan maaf  dibuat oleh rangkaian restoran piza tersebut di platform X hanya beberapa jam selepas video perbuatan itu tular di media sosial.


Syarikat itu menjelaskan bahawa individu yang melakukan perbuatan itu ialah pekerja sambilan dan tindakan diambil terhadap dirinya. 
 

0/komen