
Seorang wanita Thailand menuduh seorang lelaki menipu wang miliknya lebih 500,000 baht (RM64,624) dengan menyamar sebagai doktor terlatih dari Amerika Syarikat( AS).
Dia berkata, lelaki tersebut mendakwa bahawa wang itu diperlukan untuk merawat ibunya yang menghidap kanser.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Pei Pei, berkata bekas teman lelakinya itu bernama Golf.
Kata Pei Pei, Golf menipunya supaya dia menyerahkan wang lebih 500,000 baht.
Golf dilaporkan mencipta profil palsu sebagai seorang doktor tentera terlatih lulusan dari AS.
Pei Pei mendedahkan bahawa dia muflis tiga bulan selepas berkenalan dengan Golf.
Bagaimanapun Golf menafikan menipu Pei Pei. Dia sebaliknya mendakwa terpaksa menjauhkan diri daripadanya kerana Pei Pei mempamerkan tingkah laku agresif dan ganas.
Dia juga mendakwa bahawa Pei Pei cuba membunuhnya.Polis bagaimanapun masih belum campur tangan dalam kes mereka.
Catat Ulasan