Dyson Supersonic Nural Kini Di Malaysia


Dyson Supersonic Nural  telah dilancarkan di Malaysia  sebagai pengering rambut pintar yang memiliki teknologi Sensor Nural baharu yang mengesan suhu sepanjang masa bagi melindungi kulit kepala dan rambut agar lebih sihat dan sekaligus mengelakkan kerosakan.

Pengering rambut Supersonic Nural ini dilengkapi dengan sensor Nural yang secara automatik akan mengurangkan suhu udara ke 55°C untuk keselesaaan kulit kepala apabila jarak pengering rambut terlalu hampir dengan kulit kepala. Ini menjadikannya sesuai digunakan khusus untuk kulit kepala kering, sensitif dan berminyak.

Terdapat juga pencahayaan lampu LED pada pengering rambut ini yang akan berubah secara automatik kepada kuning, oren dan merah bergantung pada jarak mesin daripada kepala pengguna. Setiap warna lampu yang ditunjukkan masing-masing menunjukkan maksud laras haba iaitu haba rendah, haba sederhana dan haba tinggi.


Bukan itu sahaja, menariknya pengering rambut ini dapat mengingati tetapan kali terakhir ia digunakan. Ini sekaligus memudahkan rutin penggunaan pengering rambut pengguna dan ia secara automatik akan melaraskan tetapannya pada penggunaan yang seterusnya.

Ciri pintar lain yang menarik ialah apabila Supersonic Nural diletakkan ke bawah, ia akan dimatikan secara automatik serta mengurangkan aliran udara dan bunyi yang tidak perlu. Pengering rambut pintar ini juga memiliki motor yang menjadikan proses mengeringkan rambut menjadi 6 kali lebih cepat sekaligus memberikan hasil proses pengeringan rambut yang bergaya, cantik dan berkilat.

Pengering rambut Supersonic Nural kini boleh dibeli di Malaysia bermula hari ini pada harga RM 2,399 sebuah. Pembelian boleh dilakukan di Dyson Demo Stores dan laman web rasmi mereka.
 

0/komen