TNB Kerugian Pendapatan Hasil Tenaga RM3.4 Bilion


Isu pelombongan kriptowang haram bukanlah suatu isu yang baru. Apa yang akan berlaku secara lazimnya ialah individu atau kumpulan yang sedang mencari kekayaan dengan cepat ialah mereka akan mencari lokasi-lokasi yang tidak didiami atau dilalui orang ramai, dan akan kemudiannya mencuri bekalan elektrik rumah kedai berdekatan dan menggunakannya untuk melombong kriptowang yang secara lazimnya memakan banyak tenaga elektrik.

Tenaga Nasional Berhad, syarikat yang bertanggungjawab membekalkan kuasa elektrik ke seluruh negara baru-baru ini mengatakan bahawa pemeriksaan semula insiden-insiden berkaitan pelombongan kriptowang haram ini dari 2018 ke 2023, ia telah didapati bahawa syarikat tersebut mengalami kerugian hasil tenaga sebanyak RM3.4 bilion sepanjang lima tahun tersebut.

Dalam pada itu, TNB juga dilihat menghadapi kerugian dari segi pengubahsuaian meter elektrik dan penyambungan meter elektrik secara haram juga yang mana ia menyebabkan syarikat tersebut menghadap kerugian sebanyak RM100 ke RM200 juta setiap tahun.

Baru-baru ini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, bersama-sama dengan Suruhanjaya Tenaga dan TNB telah melupuskan sebanyak 2022 barangan rampasan, yang terdiri daripada mesin melombong bitcoin, peralatan elektrik yang tidak disahkan SIRIM dan Suruhanjaya Tenaga bersama-sama dengan kelengkapan mencuri bekalan elektrik yang dianggarkan bernilai RM2.2 juta.

Rampasan ini berlaku dibawah Ops Renjat yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Tenaga di lima lokasi tidak berpenghuni berbeza, dimana meter elektrik tidak dipasang, dan menyebabkan kerugian RM1.3 juta kepada pihak pembekal tenaga.
 

komen