
Tular di media sosial di China , wanita-wanita yang menawarkan perkhidmatan ‘teman wanita cantik untuk disewa’.
Tawaran itu dibuka kepada lelaki yang kesepian dan mahukan peneman atau perkhidmatan tertentu.
Antaranya adalah perkhidmatan menonton wayang bersama dan banyak lagi.
Lebih mengejutkan apabila setiap perkhidmatan itu ditawarkan dengan harga yang berbeza.
Harga perkhidmatan untuk menemani pelanggan menonton wayang adalah 15 yuan (RM9.39).
Wanita-wanita berkenaan menawarkan perkhidmatan itu di tepi jalan sambil mengenakan pakaian seksi untuk menarik pelanggan.
Bagaimanapun, mereka tetap dengan pendirian untuk tidak menerima sebarang permintaan seksual.
Catat Ulasan