Angkasawan Swasta Pertama Melakukan Aktiviti Luar Kapal Angkasa


SpaceX mencatatkan satu laju sejarah dunia apabila krew misi Polaris Dawn menjadi yang angkasawan swasta pertama berjaya melakukan aktiviti di luar kapal angkasa (EVA). Misi dilancarkan menggunakan roket Falcon 9 dan kapsul angkasa Crew Dragon telah diubahsuai. Kapsul yang diberikan nama Resilience ini adalah yang sama digunakan pada misi Inspiration4 yang menghantar empat krew swasta pertama dunia ke angkasa lepas pada tahun 2021.

Jared Isaacman ialah angkasawan swasta pertama melakukan EVA dan beliau juga kini memegang status sebagai bilionwan pertama yang benar-benar ke angkasa lepas. Beliau memberikan dana untuk misi Polaris Dawn dan Inspiration4.

Selain menjadi misi swasta pertama melakukan EVA, Polaris Dawn ialah misi yang mencatatkan rekod orbit paling jauh daripada permukaan bumi pada ketinggian 1400.7 km. Ini sekaligus memintas rekod misi Gemini 11 sejauh 1373 km yang dicatatkan pada tahun 1966.



Selain Jared Isaacman, seorang lagi krew iaitu Sarah Gillis turut melakukan EVA. Sepanjang misi EVA hampir dua jam, ujian ke atas sut angkasawan dilakukan bagi melihat tahap mobiliti dan ketahanannya apabila terdekat ke angkasa lepas. Sut angkasawan ini akan menjadi kepada sut yang digunakan angkasawan SpaceX untuk melalukan misi ke permukaan bulan dan Marikh di masa hadapan. Krew Polaris Dawn kemudiannya telah kembali semula ke bumi .

0/komen