Tayar Bergolek Ke Tengah Jalan


Tayar sebuah kereta BMW tercabut dan bergolek di tengah jalan.

Kejadian berlaku di Jalan Bukit Merah pada 15 Disember lalu dan dirakam menerusi kamera papan pemuka sebuah kenderaan lain.

BMW  itu pada awalnya dilihat dipandu dengan laju.Tayar hadapan kanannya tiba-tiba tercabut sebelum ia bergolek ke tengah jalan.

Dalam masa sama, BMW tersebut terus bergerak sambil bunyi rim bergesel dengan jalan didengari dengan kuat.

Pemandunya kemudian dilihat memperlahankan kenderaan dan berhenti di tepi jalan.

Tidak dinyatakan keadaan kereta itu selepas insiden tersebut.
 

0/komen