Kapal Kargo Pengangkut Kereta Terbesar Dunia


BYD ialah pengeluar kenderaan elektrik (EV) terbesar dunia pada tahun 2024. Ini dilakukan dengan pengembangan operasi ke lebih banyak pasaran dan ini memerlukan sistem kenderaan yang dihasilkan di China dieksport dalam jumlah yang besar. Hujung bulan Januari lalu mereka melancarkan BYD Shenzhen yang merupakan kapal pengangkut kereta terbesar dunia.

Kapal ini adalah dari jenis Ro-Ro yang mampu membawa sehingga 9200 kereta pada satu-satu masa. Ia juga adalah kapal pengangkut kereta keempat milik BYD selepas Explorer No 1, Changzhou dan Hefei. Dalam masa setahun sahaja keempat-empat kapal pengangkut baharu ini telah memulakan operasi. Menjelang 2026, BYD ingin mempunyai armada lapan kapal pengangkut kenderaan.

Secara keseluruhan BYD Shenzhen adalah sepanjang 219 meter, selebar 37.7 meter dengan kemampuan berlayar pada kelajuan 18.5 knot. Ia mempunyai enjin hibrid yang boleh menggunakan bahan api marin konvensional dan juga LNG yang lebih mesra alam.

Disamping itu ia turut mempunyai sistem pek bateri BYD yang membolehkan ia beroperasi menggunakan elektrik sepenuhnya untuk operasi di kawasan pelabuhan yang ingin mengurangkan pelepasan karbon.
 

0/komen