Disamun Di Lampu Merah


Seorang pemandu sebuah kenderaan menjadi mangsa samun ketika sedang berhenti di lampu merah.

Kejadian berlaku di Jalan Perintis Kemerdekaan, Pulogadung, Jakarta Timur.

Seorang lelaki menuju ke arah cermin kenderaan pelbagai guna (MPV) sambil membawa senjata tajam.

Dia kemudian meminta diberikan wang sambil mengancam pemandu menggunakan senjata.

Tidak dijelaskan jenis senjata yang dibawa dan sama ada lelaki tersebut berjaya mendapat wang seperti diminta.

“Kami resah dan bimbang menjadi mangsa. Polis perlu menangkap suspek dengan segera,” kata seorang penduduk, Effendi.
 

0/komen