Alphabet Menjual Syarikat Robot Boston Dynamics


Boston Dynamics ialah syarikat yang di katakan paling hampir kepada syarikat fiksyen Cyberdyne Systems di dunia sebenar. Mereka menghasilkan robot Big Dog untuk kegunaan tentera dan Handle yang melompat ke udara. Anak syarikat Alphabet ini telah berpindah tangan ke Softbank.

Penjualan Boston Dynamics kepada Softbank telah didengari sejak tahun 2016 lagi. Tiada maklumat mengenai harga jualan diumumkan oleh pihak yang terlibat. Ini ialah pembelian besar yang kedua dilakukan oleh Softbank dalam masa dua belas bulan. Julai tahun 2016 Softbank mengambil alih ARM pada harga mencecah RM 127 Billion.



 

0/komen