Gambar menunjukkan kapal selam Argentina, ARA San Juan.
Gambar menunjukkan sebahagian daripada bangkai kapal selam ARA San Juan di dasar Lautan Atlantik kelmarin.
MAR DEL PLATA, Argentina –Bangkai remuk sebuah kapal selam Argentina dikesan setahun selepas ia hilang di Lautan Atlantik bersama 44 anak kapal dalam kemalangan tentera laut paling buruk menimpa negara berkenaan dalam tempoh beberapa dekad.
Pakar-pakar berkata, usaha mengapungkan kapal selam ARA San Juan merupakan usaha sukar dan menelan kos AS$1 bilion (RM4.1 bilion) atau lebih tinggi, manakala Menteri Pertahanan, Oscar Aquad berkata, Argentina tiada kemampuan berbuat demikian.
Tentera Laut Argentina menyatakan, kapal selam itu berada pada kedalaman lebih 800 meter, mengesahkan Ara San Juan runtuh akibat letupan.
Penemuan kapal selam itu dibuat oleh Seabed Constructor yang merupakan kapal milik firma pencarian Amerika Syarikat (AS), Ocean Infinity pada Jumaat lalu, sehari selepas ulang tahun pertama kehilangannya.
Tentera Laut Argentina terputus hubungan dengan kapal selam itu pada 15 November 2017, kira-kira 450 kilometer dari pantai ketika ia menghala ke utara dari Ushuaia, daratan paling selatan Argentina
Catat Ulasan