Nvidia sebelum sudah mempunyai sistem perkomputeran untuk kereta swapandu yang dikenali sebagai DRIVE Pegasus. Di acara GTC, mereka memperlihatkan DRIVE Orin iaitu sistem perkomputeran terbaru untuk kereta swapandu. Kuasa pada DRIVE Orin ini setanding dengan dua DRIVE Pegasus yang digabungkan menjadi satu adikomputer.
DRIVE Pegasus sudahpun berkuasa untuk digunakan pada autonomi robotaxis tanpa sebarang kawalan oleh manusia. Manakala, DRIVE Orin pula akan mempunyai fungsi yang memfokuskan kepada integrasi pemetaan untuk swapandu.
Tiada info lanjut yang diberikan oleh Nvidia mengenai tarikh pelancaran, tetapi sampel akan mula dihantar kepada pelanggan tidak lama lagi.
Catat Ulasan