Fitbit Pay



Fitbit Malaysia kelmarin secara rasminya telah memperkenalkan jam tangan pintar mereka yang pertama secara rasminya, iaitu Fitbit Ionic. Dijual pada harga RM1399, jam tangan pintar ini menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya, dan salah satunya adalah sokongan untuk melakukan pembayaran secara nirtunai.

Pengguna hanya perlu menambah maklumat kad kredit atau debit pada jam tangan pintar Fitbit Ionic, dan seterusnya boleh melakukan transaksi dengan hanya menyentuh jam tangan berkenaan di kedai-kedai yang menyokongnya.

Ini sekaligus memudahkan anda membuat pembelian, terutamanya selepas bersenam dan tidak perlu membawa dompet bersama ketika itu. Bercakap mengenai sokongan untuk pasaran Malaysia, pihak Fitbit mengatakan mereka telah mendapat pengesahan pihak berkuasa, dan akan memperkenalkannya tidak lama lagi.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pasti yang diumumkan oleh pihak Fitbit. Memandangkan mereka mengatakan telah menerima pengesahan pihak berkuasa, maka kita mungkin akan melihatnya diperkenalkan dalam masa beberapa bulan lagi.


0/komen