Gimbal DJI Osmo Mobile 2 Dan Ronin-S



Penggunaan gimbal dapat menstabilkan proses rakaman video. DJI ialah antara syarikat yang terkenal dengan gimbal kamera yang digunakan oleh golongan profesional dan amatur. Mereka telah melancarkan dua gimbal terbaru DJI Osmo Mobile 2 dan Ronin S hari ini.

DJI Osmo Mobile 2 membawakan penambahbaikan berbanding model dua tahun yang lalu. Kali ini Osmo Mobile 2 dapat menstabilkan telefon pintar pada posisi menegak dan juga mendatar. Sebelum ini hanya posisi mendatar disokong. Bateri yang disertakan juga dapat bertahan selama 15 jam berbanding hampir sekitar 5 jam sebelum ini. Gimbal ini akan dijual pada harga $129 (~RM 518) sebuah.



DJI Ronin-S pula membawakan pembaharuan berbanding Ronon 2 yang dilancarkan April tahun lalu. Gimbal ini direka untuk digunakan bersama DSLR dan kamera tanpa-cermin. Berat maksimum kamera yang boleh digunakan ialah hampir 14 kilogram. Ronin-S akan dijual pada suku kedua 2018 tetapi harga masih belum diumumkan.

0/komen