Kuasa Yang Dijana Sepenuhnya Dari Sumber Lestari



Di Malaysia kuasa elektrik dijana menggunakan bahan api fosil dan empangan hidroelektrik. Namun kerajaan mempunyai perancangan untuk mengurangkan pergantungan kepada bahan api fosil dan berhijrah ke sumber lebih lestari seperti kuasa solar. Apple sudah lama mempunyai visi untuk menggunakan tenaga dari sumber lestari dan ini telah  berjaya dicapai .

Keseluruhan operasi harian Apple di seluruh dunia kini menggunakan kuasa yang dijana sepenuhnya dari sumber lestari. Ini merangkumi pejabat, Apple Store dan pusat data mereka di 43 negara. Mereka turut komited untuk menggalakkan rakan pengilangan mereka untuk menggunakan sumber elektrik yang bersih sepenuhnya di masa hadapan.

Oleh itu di China stesen janakuasa solar dan angin yang menjana 485 megawatts sedang dibangunkan untuk membekalkan kuasa kepada kilang-kilang yang menghasilkan produk Apple. Di Singapura yang mempunyai kawasan tanah yang terhad, panel solar di letakkan di atas 800 bumbung bagi menjana keperluan tenaga. Apple Park yang baru sahaja dibuka turut menggunakan sumber tenaga 100% lestari. Ia adalah antara bangunan yang mempunyai luas permukaan panel solar terbesar di dunia.

Langkah seterusnya bagi Apple ialah untuk menghasilkan peranti sepenuhnya dari bahan yang dikitar semula. Komponen peranti baru akan cuba dihasilkan dari produk lama yang dihantar kepada mereka. Inovasi Apple kerap menjadi ikutan pengeluar lain. Diharap komitmen mereka untuk mengurangkan impak terhadap alam sekitar turut akan menjadi ikutan dalam masa terdekat.

0/komen