Kunci Keselamatan Perkakasan Untuk Pengesahan Dwi-Faktor

Akaun emel dan media sosial kini menjadi identiti penting individu yang hidup di abad ke-21. Sekiranya akaun dicuri, pelbagai identiti pengguna boleh disalahgunakan oleh insan yang tidak bertanggungjawab.

Oleh itu penggunaan kunci keselamatan perkakasan digunakan oleh firma besar seperti Google bagi meningkatkan keselamatan ketika melog masuk. Tahun lalu kesemua 85,000 kakitangan Google tidak mengalami masalah akaun digodam kerana penggunaan kunci keselamatan perkakasan. Ini mendorong mereka untuk menjual Titan Security Key untuk pelanggan Google Cloud sebelum ditawarkan kepada orang ramai. Kunci fizikal ini berfungsi secara NFC, Bluetooth dan sambungan USB bagi mengesahkan identiti pengguna.

0/komen