Lembu Setinggi Michael Jordan



Imej menunjukkan Knickers (kiri) dihampiri kawanan anak lembu di sebuah ladang ternakan di Australia.



Knickers (tengah) mempunyai saiz ketinggian luar biasa berbanding lembu-lembu normal lain di Australia

WILAYAH PEEL, Australia – Seekor lembu gergasi berwarna hitam putih seberat 1.4 tan dan setinggi 1.94 meter (m) diiktiraf sebagai lembu terbesar Australia baru-baru ini.

Lembu yang dinamakan sebagai Knickers itu dikatakan hampir menandingi ketinggian bintang bola keranjang popular Amerika Syarikat, Michael Jordan. Bekas pemain pasukan Chicago Bulls itu mempunyai ketinggian 1.94m.


Pemilik lembu itu, Geoff Pearson menyatakan dia tidak mempunyai rancangan untuk menyembelih atau menjual Knickers disebabkan saiznya.

“Ia sangat besar untuk disembelih atau dieksport. Kami mempunyai jumlah ternakan anak lembu yang cukup banyak dan Knickers telah diberi peluang untuk terus hidup,” kata Pearson.

Knickers sering diikuti beratus-ratus ekor lembu lain di ladang ternakan di Tasik Preston di sini sekali gus memudahkan Pearson untuk mengesan kedudukan kawanan ternakannya.

Menurut Guinness World Records, lembu terbesar di dunia direkodkan mempunyai berat 2.26 tan dan ketinggian 2m

0/komen