Lockheed Martin Dengan Pendaratan Misi Ke Bulan


Manusia tidak mendarat di permukaan bulan sejak 1972. Dengan perlumbaan misi ke Marikh yang semakin hangat, misi jarak pendek ke bulan perlu dilakukan sebelum meneruskan misi ke “Planet Merah”. Lockheed Martin ialah syarikat terkini yang memperlihatkan konsep modul pendaratan ke permukaan bulan mereka.

Modul pendaratan ini boleh membawa empat anak kapal dan kargo seberat 2000 pound. Misi selama dua minggu kemudian boleh dilakukan dengan bekalan yang dibawa. Usai misi, modul ini akan kembali semula ke orbit untuk kembali ke bumi. Dari segi saiz ia jauh lebih besar berbanding Lunar Lander yang digunakan oleh misi Apollo Nasa lebih empat dekad yang lalu.

Modul konsep ini direka untuk serasi dengan kapal angkasa Lunar Orbital Platform-Gateway (LOP-G) yang dijangka memulakan misi pada tahun 2022.


0/komen