Microsoft Surface Hub


Microsoft Surface Hub ialah peranti gergasi di dalam keluarga Surface yang diumumkan Januari tahun 2016. Ia mempunyai skrin gergasi tetapi mengekalkan kesemua fungsi yang wujud pada komputer riba Surface Pro 3 dahulu. Ia boleh digunakan untuk melakukan perbincangan menggunakan video di atas talian dan disasarkan untuk penggunaan di pejabat. Ia mula dijual pada Januari tahun 2016, lewat beberapa bulan dari tarikh asal yang sepatutnya berlaku. Microsoft melambatkan tarikh pelancaran kerana sambutan terhadap Surface Hub adalah melangkaui jangkaan.

Model Intel Core i-5 dengan skrin 1080P 55″ akan dijual pada harga $6999 (RM 27980). Versi Intel Core i-7 dengan skrin 4K 84″ pula akan dijual pada harga $19999 (RM 79950). Kedua-duanya menggunakan sistem operasi Windows 10 yang diubah suai. Selain menyokong fungsi sesentuh, Surface Hub juga menyokong penggunaan Surface Pen. Surface Hub ialah peranti yang mempunyai pelbagai fungsi menarik tetapi ditawarkan pada harga yang terlalu mahal untuk kegunaan orang ramai.

0/komen