Norway Mengharamkan Kenderaan Yang Menggunakan Bahan Api Fosil




Setiap negara mempunyai wawasan mereka sendiri yang mahu menjadikan negara mereka lebih baik dari sedia ada. Wawasan Norway menjelang tahun 2025 mungkin adalah yang paling radikal dalam usaha untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar.

Negara Skandinavia ini akan mengharamkan penggunaan kenderaan berkuasa bahan api fosil menjelang 2025. Ini adalah selari dengan polisi sedia ada yang mahu mengurangkan pencemaran dan menggunakan sumber tenaga yang lestari. Sebanyak 25% kenderaan di Norway kini sudahpun menggunakan tenaga elektrik. Lebih 99% sumber tenaga mereka pula dijana menggunakan empangan hidroelektrik. Pada waktu yang sama sebanyak $3 Billion akan dibelanjakan kerajaan Norway untuk meningkatkan jumlah janakuasa kincir udara sebanyak tiga kali ganda menjelang 2020.

Negara ini cukup serius dalam mengurangkan pencemaran dan mencari sumber tenaga bersih. Tidak hairanlah mengapa Norway tersenarai di tangga ke-12 dari 208 negara di dalam senarai negara yang paling mengikuti prinsip Islam beberapa tahun yang lalu. Kedudukan mereka adalah lebih tinggi berbanding Malaysia di tangga ke-38. Menarik sekali Malaysia ialah negara Islam dengan kedudukan paling tinggi di dalam senarai ini. Agak memalukan sebenarnya apabila negara Islam sendiri gagal memenuhi kriteria Islam dan dikalahkan negara “kafir”.

0/komen