Perbezaan Kereta Berenjin Petrol,Hybrid dan Berkuasa Elektrik

Anda mesti tidak tahu terdapat perbezaan antara 3 jenis enjin samada menggunakan petrol,hybrid dan berkuasa elektrik.Disini,saya akan menjawab persoalan ini bagi anda memahami dan mengetahui perbezaan antara enjin petrol,hybrid dan elektrik.



1.Anda semua pon sudah tahu apa itu kereta berenjin petrol

kerana di dunia ini,orang ramai menggunakan minyak petrol(gasoline gas) sebagai bahan utama dalam proses pembakaran kereta.Kereta berenjin petrol menggunakan minyak sebagai bahan bakar. Ia bergerak mengikut penukaran kuasa pembakaran dalam enjin.Kini, banyak Kereta didunia yang masih menggunakan enjin petrol sebagai janakuasa utama untuk mengerakkan sesebuah kenderaan.




2.Bagi kereta hybrid,ia tetap menggunakan petrol sebagai bahan api

seperti enjin biasa, namun ia mempunyai sistem tambahan iaitu sistem motor elektrik dimana terdapat dua enjin digunakan dalam operasi sistem hybrid ini.Enjin utama masih lagi enjin minyak petrol, manakala pada waktu tertentu seperti ketika menggunakan gear rendah, motor elektrik akan diaktifkan secara automatik untuk penjimatan minyak.



3.Bagi kereta berkuasa elektrik,ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa elektrik.

Bateri tersebut akan dicas semula digunakan untuk memberi pergerakan putaran pada enjin,bagi mengerakkan kenderaan itu.Berbanding pula kereta hybrid, bateri kereta elektrik perlu dicas semula.


0/komen