Raytheon Berjaya Menguji Sistem Laser HEL


Sistem tembakan laser adalah fiksyen sains siri animasi kanak-kanak semasa kita masih belum mumayyiz. Selepas hampir tiga puluh tahun, babak aksi dari siri G.I Joe semakin hampir menjadi realiti. Raytheon berjaya menguji sistem laser High Energy Laser (HEL) mereka pada sebuah helikopter tempur AH-64 Apache pada Jun 2017.


Sistem laser dalam bentuk pod dipasang pada sayap membawa senjata helikopter dan berjaya menembak sasaran yang terletak sejauh 1.4 kilometer. Maklumat mengenai jumlah kuasa laser dan adakah sasaran musnah tidak pula dikongsi oleh Raytheon kerana ia masih sulit.

0/komen