Samsung Notebook Odyssey


Samsung boleh dikatakan agak sedikit kurang memfokuskan arena komputer riba berbanding penawaran peranti mudah-alih mereka.Kini mereka membuat kejutan apabila mengumumkan keluarga komputer riba memfokuskan permainan video melalui apa yang dipanggil mereka sebagai Samsung Notebook Odyssey.

Dua variasi diperkenalkan dibawah Samsung Notebook Odyssey ini, iaitu bersaiz 17.3-inci dan juga 15.6-inci. Samsung Notebook Odyssey ini turut menggunakan cip Intel Core generasi ketujuh.

Samsung menawarkan memori sehingga 64GB RAM, ruangan storan sehingga 512GB SSD + 1TB HDD, selain penggunaan kad grafik NVIDIA GTX1050 pada model 15.6-inci. Pihak Samsung masih tidak mengesahkan lagi penggunaan jenis kad grafik pada model 17.3-inci.

Melengkapkan komputer riba ini juga beberapa ciri-ciri khusus, dan salah satunya adalah HexaFlow Vent yang membolehkan komputer riba kekal kurang panas walaupun digunakan untuk masa yang lama – terutamanya bagi anda yang memainkan permainan video untuk tempoh yang lama.

Buat masa ini, pihak Samsung masih belum mengumumkan lagi harga untuk komputer riba ini. Memandangkan pihak Samsung telah menghentikan penawaran komputer riba di Malaysia, ia tidak diketahui lagi sama ada model ini akan hadir ataupun sebaliknya.

0/komen