'Transformers' Kena Lelong



OPTIMUS Prime dan Bumblebee yang dijual.

Arizona: Impian seorang peminat komik tercapai selepas pengarah Hollywood, Michael Bay melelong kenderaan watak adiwira dalam filem terkenalnya Transformers, dengan Optimus Prime dan Bumblebee dijual dengan harga hampir £1,000,000 (RM6 juta).

Autobot buatan khas itu dijual pada acara di Scottsdale, Arizona, dengan Optimus Prime trak Peterbilt 1979 yang diubah suai dibeli pemilik pasukan NASCAR Rick Hendrick pada harga £834,310 (RM5 juta) dan Bumblebee sebuah Camaro SS dibeli seorang lagi pembida dengan harga £115,286 (RM696,000).

Kedua-dua kereta watak adiwira robot itu dipaparkan dalam filem blockbuster ‘Age of Extinction’ pada 2014 yang dibintangi Mark Wahlberg, Nicola Peltz, Kelsey Grammer dan Stanley Tucci.

Dalam francais filem itu, golongan Autobot yang sering berperang dengan musuh mereka yang jahat, Decepticon mampu mengubah diri menjadi kenderaan.

Walaupun Transformers dilelong itu nampak seperti yang sebenar, Optimus Prime ini tidak mungkin memandu sendiri meninggalkan pemilik barunya.



0/komen