UiTM Menjadi IPTA Malaysia Pertama Melancarkan Satelit Ke Angkasa Lepas


“Satu langkah kecil untuk manusia, satu lompatan gergasi untuk umat manusia”. Ini ialah kata-kata keramat yang diucapkan oleh Neil Armstrong ketika menjejakkan kaki ke permukaan bulan hampir 50 tahun yang lalu. Minat terhadap angkasa lepas agak suram sejak kebelakangan ini kerana sudah lebih sedekad sejak Malaysia menghantar angkasawan yang pertama. Sungguhpun begitu inisiatif untuk menguasai aeroangkasa masih dapat dilihat institut pengajaran tinggi awam negara.

Kini UiTM melakar sejarah sebagai IPTA pertama di Malaysia yang berjaya melancarkan satelit ke angkasa lepas. Satelit UiTMSAT-1 dilancarkan dari Cape Canevaral Florida pada jam 5 petang 29 Jun 2018 yang lalu menggunakan roket Falcon 9 yang dikendalikan oleh Space X. Selain satelit dari Malaysia, dua lagi satelit dari Bhutan dan Filipina turut dilancarkan menggunakan roket yang sama.


Satelit nano sebesar 10x10x10 sentimeter ini dihasilkan di bawah projek Joint Global Multi-Nation Birds Satellite (BIRD-2) yang dikelolakan oleh Kyushu Institute of Technology (Kyutech) Jepun. Projek ini menggalakkan perkembangan teknologi aeroangkasa di negara seperti Malaysia yang tidak mempunyai program penerokaan angkasa lepas sendiri. Satelit nano yang juga dikenali sebagai CubeSat ini mengajar asas menghasilkan satelit dan kemudian menghantar maklumat telemetri ke stesen pangkalan di bumi.

Walaupun telah dilancarkan ke angkasa lepas, UiTMSAT-1 hanyalah kargo yang dihantar ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) . 

0/komen