Xiaomi Mi Box S Diperkenalkan


Pihak Xiaomi telah memperkenalkan set kotak penghubung televisyen mereka tersendiri yang diberikan nafas baru, iaitu Xiaomi Mi Box S. Peranti ini dipasarkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini, dan mungkin diperluaskan untuk pasaran negara lain tidak lama lagi.

Mi Box S hadir dengan sokongan paparan 4K HDR, selain dilengkapi memori 2GB RAM dan storan 8GB. Ia boleh dihubungkan ke televisyen, dan mengubah kaca televisyen anda menjadi lebih pintar.

Mi Box S hadir menggunakan sistem operasi Android TV, dan turut mengintegrasikan Google Assistant bersama-sama dengannya. Pengguna juga boleh cast sebarang kandungan melalui integrasi Chromecast pada Mi Box S.

Di Amerika Syarikat, Mi Box S dipasarkan pada harga $59.99 iaitu sekitar RM249.
 

0/komen