20 Kereta Di Telan Tasik



KERETA mula tenggelam disebabkan ais cair.

Wisconsin (Amerika Syarikat): Kira-kira 20 kereta tenggelam dalam satu tasik di Wisconsin selepas pengunjung ke festival musim sejuk meletakkan kenderaan mereka di atasnya kerana menyangka tasik itu beku.

Pasukan kecemasan terpaksa dipanggil untuk menarik keluar kenderaan berkenaan  dari Tasik Geneva ketika acara Winterfest Lake Geneva.

Disebabkan tempat meletak kereta tidak banyak, pihak berkuasa membenarkan orang ramai meletakkan kenderaan di atas tasik yang beku itu.

Malangnya, ais berkenaan retak disebabkan jumlah kereta yang banyak dan pecah ketika Pertandingan Mengukir Salji Kebangsaan Amerika Syarikat.

Tiada sesiapa di dalam kenderaan itu ketika kejadian.

Tasik itu tidak beku sepenuhnya seperti yang berlaku pada musim sejuk kerana kali ini cuaca tidak sedingin biasa




0/komen