Bandar Ini Matahari Tidak Naik Selama 2 Bulan



Bagaimana rasanya jika hidup tanpa siang?

Ini yang sedang berlaku dalam bandar Utqiagvik, Alaska yang akan melihat matahari selepas 65 hari daripada tarikh 18 November 2018! Penduduk sekitar 4,400 orang di bandar ini sudah terbiasa dengan kehidupan tanpa kehadiran cahaya matahari di sana.

Merupakan bandar yang berada paling utara di kawasan Amerika Syarikat, Utqiagvik juga dikenali sebagai Barrow ini dijangka akan dapat melihat matahari semula pada 23 Januari 2019. Ini bermakna mereka terpaksa mengharungi musim sejuk tanpa matahari yang suhunya boleh mencecah -34°C!

Namun, tanpa matahari bukanlah bermakna bandar Utqiagvik akan berada dalam keadaan waktu malam selama tempoh 65 hari tersebut. Lokasinya yang terletak kira-kira 330 batu di atas Bulatan Artik menjadikan mereka sentiasa berdepan dengan suasana senja sivil (civil twilight) yang mana matahari berada di sudut 6 darjah di bawah ufuk.

Kejadian senja sivil ini akan terjadi selama 6 jam setiap malam tetapi tempoh masa tersebut akan berkurang sehingga 3 jam pada akhir bulan Disember. Julai merupakan bulan yang paling ‘panas’ untuk bandar ini, dengan suhu 8°C dan mempunyai suhu purata sekitar 2°C.

Buat anda yang sukakan musim sejuk dan waktu malam, anda bolehlah mengunjungi bandar Alaska tanpa matahari ini sehingga pertengahan bulan Januari 2019 ini. Buat pengembara ‘kaki tidur’ dan ‘burung hantu’ anda memang patut cuba datang ke sini.

0/komen