
MyPay mengkhususkan kepada memudahkan pengguna membuat urusan pembayaran kepada agensi kerajaan dengan mudah.
MyPay menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dibawah agensi kerajaan dibawah satu hab. Sebaik sahaja pengguna melakukan pendaftaran menggunakan nombor kad pengenalan, ia akan menghimpunkan pelbagai data daripada agensi-agensi kerajaan dan memaparkannya kepada anda dengan mudah.
Antara perkhidmatan yang dipaparkan termasuklah info saman daripada PDRM, saman dari Majlis Perbandaran, info berkaitan cukai jalan daripada JPJ, selain info dari SPR dan beberapa agensi lain. Sekiranya terdapat saman, pengguna turut boleh melakukan pembayaran terus melaluinya – selain untuk cukai jalan anda boleh buat semakan tarikh luputnya.
Catat Ulasan