Nyaris Jadi Korban Lori Sampah Kitar Semula



Seorang gadis memanjat keluar daripada sebuah tong bahan kitar semula di London.



Seorang wanita tidur di bawah longgokan kadbod di dalam sebuah tong bahan kitar semula.

LONDON - Sekumpulan pekerja pembersihan sebuah majlis perbandaran di sini sempat menyelamatkan nyawa seorang wanita muda daripada dimasukkan ke dalam sebuah mesin pencanai lori sampah di sini baru-baru ini.

Gadis itu dilaporkan sedang tidur di bawah satu longgokan kadbod buangan di dalam tong barang kitar semula di Brixton, selatan London.


Petugas pembersihan itu membuka penutup tong berkenaan untuk melakukan pemeriksaan sebelum menyedari ada manusia di dalamnya. Selepas dikejutkan, gadis itu memanjat keluar dan meninggalkan kawasan itu.

Ramai netizen memuji tindakan kumpulan pekerja pembersihan itu kerana bersikap prihatin dan sempat menyelamatkan nyawa gadis tersebut.

0/komen