Resepi Nasi Hujan Panas



Bahan-Bahan

  • 3 - 4 cawan beras basmathi - cuci bersih, rendam selama 25 minit kemudian toskan
  • 3 cawan air
  • 4 ulas bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawnag putih - tumbuk
  • 2 helai daun pandan - simpul
  • hirisan ketumbar, gajus dan kismis
  • 1 cm halia - tumbuk
  • 1 kiyub ayam maggie
  • 1 cawan susu cair
  • minyak masak atau butter
  • pewarna merah, hijau dan kuning
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, pelaga, bunga lawang)

Cara cara :


  1. panaskan minyak atau butter kemudian tumis bahan tumbuk bersama rempah 4 sekawan hingga naik bau dan masukan daun pandan simpul dan biarkan sekejap
  2. masukan kiub ayam dan air. biarkan mendidih kemudian masukan susu cair bersama beras, gaul sebati dan bairkan nasi hingga kering. untuk mengelakan hangit kacau sekali kala
  3. selepas nasi sudah kering kecilkan api kemudian buat lubang kecil-kecil menggunakan sudu dan titiskan warna merah. hijau, dan kuning.
  4. akhir sekali, tutup periuk supaya nasi masak sepenuhnya dan bila  sudah masak gembur-gemburkan nasi dan taburkan daun ketumbar, gajus, dan kismis.



  • untuk lauknya anda boleh menggunakan ayam masak madu, ayam masak merah, atau ikan keli berlada




0/komen