Resepi Tomyam Putih



Bahan-Bahan

  • 1/2 kg ayam - potong sederhana dan cuci bersih kemudian toskan
  • 4 biji limau kasturi - ambil jusnya
  • 7 batang sweet peas - kerat 2
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 ulas bawang putih - hiris halus
  • 3 kuntum cendawan butang - belah 2 setiap 1
  • 2 camca besar sos ikan
  • 10 biji chili padi thai merah - dititik
  • 1 batang serai - ditik
  • 1 biji bawang besar - belah 6
  • 1/2 inci lengkuas - dititik
  • 1/2 inci halia - dititik
  • 1/2 cawan santan
  • 1 batang saleri - kerat
  • gula dan garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato - belah 6



Cara cara :

  1. Panaskan minyak kemudian tumis bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukan ayam dan masak hingga ayam setengah masak.
  3. Masukan air secukupnya kemudian masukan halia, bawang besar,serai, lengkuas, lobak merah, dan cili padi thai.
  4. Biarkan hingga air mendidih dan semua bahan agak lembut.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya, kemudian masukan sos ikan bersama santan dan saleri
  6. Kemudian kacau rata. renihkan sambil dikacau agar bumbu masak dengan sempurna.
  7. Akhir sekali, masukan juslimau kasturi, tomato, sweet peas, jus limau kasturi, dan cendawan. masak sekejap sambil dikacau rata.  
  8. Bila sudah masak boleh matikan api dan hidangkan bersama nasi panas-panas.






0/komen