Snapdragon 8cx



Qualcomm mengumumkan cip Snapdragon 8cx yang merupakan yang pertama dihasilkan oleh mereka khusus untuk kegunaan komputer peribadi. Dua pemproses PC yang dihasilkan oleh mereka sebelum ini  adalah cip peranti mudah alih yang diubahsuai. Snapdragon 8cx juga unik kerana akan menjadi yang pertama untuk PC yang dihasilkan menerusi teknologi 7nm.

Ia direka khusus untuk segmen Always On Always Connected PC yang mampu menjalankan sistem operasi Windows 10. Snapdragon 8cx dilengkapi lapan teras Kryo 496 serta GPU Adreno 680. Ia turut mempunyai sokongan LTE menerusi modem X24 dan Wi-Fi 6 yang pantas.

Qualcomm menjanjikan peningkatan sehingga dua kali ganda lebih pantas dan 60% lebih menjimatkan tenaga berbanding cip AOAC generasi terdahulu. Ini membolehkan ia berfungsi sehingga 25 jam dengan sekali caj. Bateri kemudian boleh dicaj semula menggunakan sistem pengecasan pantas QuickCharge 4+.

Dengan peningkatan kuasa ini, komputer riba yang dihasilkan boleh menyokong sambungan dua monitor luaran dengan resolusi 4K HDR.  Tetapi pada waktu yang sama ini bukanlah cip yang direka untuk komputer gaming. Sebaliknya ia direka khusus untuk segmen komputer nipis dan ringan yang digunakan oleh majoriti pengguna di pasaran sekarang.


0/komen