Diego berbaring di atas katil ketika dirawat di sebuah hospital di Filipina.
BALABAC, Filipina - Seorang bapa berjaya menyelamatkan anak lelakinya yang dibaham seekor buaya dengan menggigit bahagian kaki haiwan pemangsa itu dalam satu kejadian di sini baru-baru ini.
Lengan kiri Diego Abulhasan, 12, dibaham buaya sewaktu dia mandi bersama adiknya di sebatang sungai dekat rumah mereka di pekan Balabac, wilayah Palawan.
Bapanya, Tejada Abulhasan berlari sambil membawa kayu papan ke lokasi serangan iaitu hampir 100 meter dari rumah mereka selepas adik mangsa memaklumkan apa yang berlaku.
“Ketika itu, saya hanya mahu menyelamatkan Diego. Buaya itu masih tidak melepaskan Diego walaupun ditumbuk dan dipukul berkali-kali. Saya kemudian nekad menggigit kaki reptilia itu dengan sekuat hati,” kata Tejada.
Buaya itu akhirnya melepaskan Diego. Kanak-kanak itu disahkan mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke sebuah hospital untuk rawatan sebelum dibenarkan pulang
Catat Ulasan