Basikal Terbang



macam ini kot...?

Beberapa penyelidik di Republik Czech dikatakan sedang berusaha mencipta teknologi basikal terbang pertama di dunia yang mempunyai berat kira-kira 95 kilogram.

Penyelidik yang bekerja di bawah syarikat Duratec Bicycles dikatakan kini berjaya menerbangkan basikal beberapa meter dari permukaan bumi selama lima minit.

Basikal terbabit mempunyai rekaan dua kipas di bahagian depan manakala dua lagi kipas dipasang di bahagian belakang.

Selain itu, terdapat satu kipas masing-masing di tepi kiri dan kanan basikal serta menggunakan bateri untuk menghidupkannya.

Ia pernah diuji dalam salah satu pameran di Prague yang mana set prototaip berjaya berlepas dan mendarat semula dengan selamat selepas beberapa ujian dijalankan.

Syarikat terbabit dikatakan mencipta basikal terbang untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di beberapa bandar besar di Eropah.

Namun, penyelidik dikatakan masih menghadapi masalah berkenaan berat bateri yang dibawa terlalu membebankan.

Sebelum ini, basikal terbang yang menjadi kenyataan hanyalah ‘Flyke’ yang digerakkan melalui paracut.

Flyke mempunyai kelajuan 32kmj dengan kapasiti berat boleh tampung 25.4 kilogram tidak termasuk pengayuh.


0/komen