
Bulan Disember tahun lalu, China melancarkan misi untuk mendaratkan sebuah proba angkasa buat pertama kalinya pada permukaan sisi jauh bulan. Proba yang diberi nama Chang’e 4 ini telah berjaya melakukan misi pendaratan pada jam 10:26 pagi waktu Beijing dengan selamat.
Ia kini akan melakukan kajian ke atas pada kawasan Kawah Van Karman. Mesin spektrometer dan radar penebus tanah akan memberikan maklumat saintifik yang kaya dengan data mengenai sisi jauh bulan yang tidak diteroka selama ini. Sebuah kenderaan kawalan jauh seberat 140 kilogram pula akan melakukan penerokaan ke kawasan berhampiran tapak pendaratan.
Bagi membolehkan maklum at dari proba dihantar pulang ke bumi, satelit Queqiao telah dilancarkan pada Mei tahun lalu. Ia akan menjadi pengantara isyarat di antara Chang’e dan pusat kawalan di bumi. Seterusnya pada tahun 2019, proba Chang’e 5 pula akan dihantar oleh China ke bulan bagi menghantar sampel kembali ke bumi.
Kesemua misi saintifik ini akan membantu China untuk merealisasikan misi menghantar angkasawan seawal 2025
Catat Ulasan