Samsung Notebook Odyssey 2019



Di CES , Samsung turut melancarkan komputer riba gaming terkini mereka iaitu  Samsung Notebook Odyssey dengan NVIDIA GeForce RTX 2080.

Ia dilengkapi skrin 15.6″ IPS LCD HD penuh dengan kadar segar semula 144Hz, dijana cip Intel Core i7 enam teras, memori sehingga 16GB, storan SSD 256GB NVMe dan storan SSD 1TB. Bateri sebesar 54Wh disertakan. Pilihan I/O pula ialah satu USB-C, 3 USB 3.0, satu HDMI dan sat port LAN. Kedua-dua storan boleh dinaik taraf sediri oleh pengguna kerana tidak dipateri ke papan induk.



Keseluruhan tubuh diperbuat daripada aluminium dengan berat mencecah 2.4 kg, Sistem penyejuk yang digunakan membolehkan komputer riba ini menjalankan permainan PC terkini pada tetapan tertinggi tanpa masalah kepanasan. Terdapat juga Beast Mode untuk tetapan paling berkuasa dan Odysset Mode untuk tetapan komputer yang lebih menjimatkan bateri. Buat masa ini Samsung Notebook Odyssey hanya akan dipasarkan di Amerika Syarikat da Korea Selatan. Ia berkemungkinan besar tidak akan dijual di Malaysia seperti dua model Odyssey sebelum ini.

0/komen