Sistem Pembatalan Hingar Untuk Kereta


Fon kepala dengan teknologi pembatalan hingar dibangunkan oleh Bose sejak 1978. Ia dibangunkan selepas Dr Amar Bose menyedari fon kepala sedia ada tidak mampu memberikan audio yang terbaik semasa beliau menaiki kapal terbang yang bising. Teknologi QuietComfort ini terlebih dahulu digunakan pada fon kepala untuk juruterbang sebelum ini kini menjadi fon kepala yang paling banyak digunakan oleh penumpang kapal terbang global.

Teknologi QuietComfort kini dikembangkan pula penggunaannya di dalam industri automotif dengan sistem QuietComfort Road Noise Control. Sistem pembatalan hingar Bose akan mengurangkan bunyi bising di dalam kabin kereta. Sistem audio kenderaan akan mengeluarkan bunyi pada amplitud bertentangan dengan bunyi bising yang didengari ketika kenderaan dipandu. Ia sentiasa mendengar menggunakan gabungan pelbagai pembesar suara terbina serta accelerometer kenderaan.

Sebagai pengguna fon kepala dengan pembatalan hingar, harus kami akui ia amat diperlukan di dalam perjalanan jauh puluhan jam di dalam pesawat. Dengan pengenalannya untuk kereta pula, di masa hadapan bunyi bising tayar ketika memandu di atas lebuhraya tidak lagi akan menjadi perkara yang menjengkelkan.


0/komen