Sekadar renungan dan berhati hati supaya tidak terkena...kes ini dah lama
SEKEPING gambar yang menunjukkan resit sebuah gerai makanan laut yang didakwa mengenakan harga tidak munasabah kepada pelanggan.
Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Zuhairi Adnan itu menunjukkan resit hidangan makan tengahari di Restoran Amin Floating, Langkawi berjumlah RM1,131.
“Terkejut beruk dapat bil makan lunch tadi with famili RM 1,131.00…tengoklah tu harga ikan kerapu 4 ekor, mak aiii,” demikian antara tulisannya.
Harga yang dikenakan itu antaranya untuk hidangan ikan kerapu, sotong goreng tepung, telur dadar, sayur goreng dan minuman jus yang dinikmati Zuhairi bersama keluarga seramai 19 orang.
Seorang pengguna Facebook, Ryaikal Samsudin menulis: “Mahalnya, kalau tak boleh bayar macam mana ni? Lari la? Hahaha.”
Seorang lagi pengguna Rogayah Kah memberi komen, rakyat perlu memboikot restoran itu yang jelas mengenakan caj berlebihan kepada pelanggan.
Dan ini pulak alasan membela pemilik restoren berkenaan...
Melihat isu ini mendapat perhatian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada) Tan Sri Khalid Ramli tampil memberikan penjelasan.
Menurut Khalid, pelanggan sebenarnya boleh membuat anggaran caj yang perlu dibayar kerana senarai harga makanan sudah pun dipamerkan dalam menu.
“Harga ikan kerapu harimau segar memang mahal di Langkawi namun pemilik restoran perlu mengenakan caj yang munasabah,” katanya .
Khalid berkata, pihaknya sentiasa peka dengan rungutan berkenaan kos barangan dan perkhidmatan yang tinggi di pulau itu dan akan memastikan pengunjung mendapat perkhidmatan setimpal dengan bayaran yang dikeluarkan.
Bagaimanapun jelasnya, pengunjung juga perlu memahami kos yang terpaksa ditanggung oleh penyedia perkhidmatan.
“Harga sememangnya mempunyai kaitan dengan penawaran dan permintaan namun kita tidak mahu harga (barangan dan perkhidmatan) dinaikkan secara melampau ketika ramai orang berkunjung ke Langkawi,” katanya.
##
Ala...buat alasan apa pun...sememangnya bila satu satu tempat pelancongan itu menjadi tarikan dan tumpuan orang ramai..pastinya ada yang mengambil kesempatan merompak poket pengunjung terutamanya dari pemilik premis makanan...ehem macam buat buat tak tau pulak...biasalah nak kaya cepat...!!!
Catat Ulasan